Thursday, 5 January 2017

SPPIM: Pengalaman isi Borang Nikah Online


Assalamualaikum..

Ok azie jujur jelaa..  ekceli.. azie nak kahwin.. * tutup muka

Entry kali ni bertujuan nak share pengalaman azie isi borang nikah.. and segala kekeliruan yang azie alami sebelum isi borang ni.. maybe ada juga yang tertanya-tanya macam azie.. harap-harap kalau uols jumpa entry ni and baca, ianya dapat membantu..

Before ni, seriously azie blank betul pasal nak isi borang nikah ni.. mula2 sekali azie Cuma tahu perak sekarang guna sistem online.. ada satu hari tu, azie dah buka lah link kepada sistem yang dikatakan tu.. sppim.gov.my

Tapi.. tak berani lah nak maen tekan2 mohon kan.. baca punya baca syarat dan panduan apa semua tu.. masih tak faham.. ada juga azie buat survey dengan baca pengalaman di blog-blog lain, tapi tetap tak dapat gambaran lagi.. maybe azie tak jumpa orang yang betul-betul cerita details.. so, lepas dah kaji blog-blog and call tanya pejabat islam daerah bagai, baru lah azie faham..

Dalam kes kitorang ni, ada dua option. Macam azie, tinggal di perak, memang azie akan nikah pun di perak lah.. jadi obviously azie perlu isi borang online.. sebab perak termasuk dalam senarai negeri yang menggunakan sistem sppim ni..

Macam M pulak, dia lahir di KL, IC Putrajaya (alamat rumah lama) dan family tinggal di Selangor.. lepas selidik2.. sepatutnya M perlu ambil borang permohonan nikah via pejabat agama selangor..
Jadi, kalau azie mohon di perak. M mohon di Selangor.. apa M kena buat adalah, dia perlu isi borang online jugak (Selangor ada sistem mereka sendiri) kemudian, lengkapkan borang saringan HIV, permastautin n etc.. dah lengkap, hantar ke pejabat agama Selangor.. setahu azie, di Selangor mereka akan adakan temuduga ringkas kepada bakal pengantin yang menghantar borang.. dalam borang perempuan ada bahagian yang kena ada saksi.. tetapi di Selangor, even lelaki pun kena datang pejabat agama bawak saksi untuk tanda tangan di hadapan pegawai pejabat agama tersebut (tak pasti tanda tangan saksi tu untuk bahagian apa kalau yg lelaki)

Kemudian, lepas M punya dah lulus, baru lah azie pula mohon guna sppim dan teruskan prosedur selanjutnya.. sebab perempuan kena hantar borang bersama borang permohonan lelaki yang dah diluluskan..

tetapi,

Disebabkan M bekerja di perak.. M sebenarnya boleh memohon menggunakan borang perak.. Cumanya, mestilah memohon menggunakan alamat tempat tinggal di perak ni.. tak kesah lah rumah sewa sekalipun.. lepas dah fikir-fikir.. nak memudahkan kerja, M pilih untuk isi guna borang perak je..

Tapi. Ni ada tapi lagi.. kalau recall step mohon perak dan Selangor tadi, means lelaki dan perempuan kena mohon kan? Sekarang ni, bila kitorang dua2 nak isi borang perak.. macam mana? Hurmm.. Kalau M dah mohon.. takkan lah lepas tu azie nak mohon lagi? Sebab mesty sistem akan detect maklumat tu dah ada..  lagi2 bila dah klik pada permohonan baru tu, ada pula tab pemohon lelaki, pemohon perempuan *rujuk gambar dibawah.. sumpah perkara ini menimbulkan kekeliruan..


Tapi masa tu azie dan M cuba bertenang dan fikir maybe, nanti akan ada dua link untuk cetakan bagi pemohon lelaki dan pemohon perempuan.. sebab mestilah untuk lelaki, nama pemohon tu pemohon lelaki, manakala untuk perempuan, nama pemohon tu pemohon perempuan kan.. Guess what? Yups.. betul sangkaan kami..


Lepas je tekan seterusnya dan masuk ke tab hantar, sistem akan tanya betul ke bersetuju untuk hantar. Kemudian, sistem akan paparkan no rujukan dan kotak untuk cetakan. Contohnya perempuan sahaja yang guna borang nikah perak, so cetak untuk pemohon perempuan sahaja lah.. tapi kalau macam weols ni, dua-dua isi via perak, cetak lah dua-dua.. kalau tak dapat gambaran, boleh tengok SINI

azie xsempat SS masa azie isi, jadi amek ihsan orang lain.. dan kebetulan pulak, sebelum isi azie tak jumpa pun blog yang ada cerita dan share gambar begini, jadi sempat lah azie dengan M dok serabut lah fikir macam mana nak mohonnya.. bhahaha..  fyi, each of borang untuk lelaki dan perempuan..lain-lain.. ada sikit perbezaan lah..


ini contoh borang lelaki selepas di cetak..

 


borang perempuan selepas dicetak, sama juga ada macam borang lelaki, tapi perempuan ada tambahan borang seperti dibawah ini..




Ini pula senarai semak.




sekali lagi nak tekankan kat sini kalau borang lelaki, bahagian nama pemohon tu nama lelaki lah.. and vice versa.. pegawai di pejabat daerah kata perak belum apply 14 hari mesty siap hantar borang tu.. so no rush guys.. tapi sebenarnya boleh je siap dalam satu hari.. cuma takot orang kita nak jumpa tu ada or tak aje lah..

harap-harap membantu kalau ada yang buntu dan kalut macam azie sebelum ini.. kalau ada apa-apa nak tanya komen je tinggalkan email ke.. in shaa Allah azie balas.. apa pun sekarang dah lega sikit sebab borang M dah setel.. tinggal nak hantar ke pejabat agama je.. lepas tu turn azie lah pula nak setelkan jumpa individu berkenaan.. harap semua nya lancar.. amin..

btw, tadi lepas setel print borang, weols terus pergi buat saringan HIV.. sumpah serram bak hang.. bukan apa.. azie ni type yang gerun dengan jarum, darah pe bagai ni.. kena pulak lepas M setel check, dia takutkan azie kata sakittt.. pfttt... azie beria2 taw pejam mata and tak pandang akak tu nak ketip ujung jari azie.. hahaha.. takde laa sakit sangat.. badan je chubby, tapi penakut.. *tutup muka




Thursday, 1 December 2016

Akhirnya meletus jua

Assalamualaikum..

Hari ini azie bangun awal.. bersiap pergi mencari kelas yang free di bangunan2 bilik kuliah sebab nak tolong kawan azie buat rakaman pengajaran makro 2.. malangnya tempat biasa kami rekod tak free.. dah ada kelas pulak.. terpaksalah azie mencari kelas lain.. mujurlah jumpa.. lepas setel everything.. azie direct ke library.. sebab nak buat kerja kononnya.. tapi tak dapat lama pun sebab lepas tu azie perlu ke kelas.. after class ingat nak lepal library lagi, tapi hujan pulak.. jadi sementara tunggu hujan berhenti azie stay di area perjumpaan kelas diadakan tu dahulu.. continue buat kerja.. then pergi semula ke library dan teruskan buat kerja..

Disebabkan azie dah mula lapar, azie pun decide to balek kolej.. sebelum tu, azie singgah di kafe.. kesabaran azie dicabar.. apabila pakcik yang jual something tu dahulukan orang lain.. hurm.. malas nak cite detail.. tapi naek bilik tu, memang azie agak emosi lah.. tapi azie duduk bertenang.. to be exact baring bertenang.. lepas dah tenang.. azie pon mandi pe bagai.. and after maghrib azie makan..
masa azie makan macam biasa azie akan pakai headphone dan tengok variety show.. azie xpandang pun rumet azie buat apa.. tapi sekilas azie taw dia siap2 nak keluar.. lepas makan tu.. azie take time nak amek mood.. then cubalah nak buat kerja.. tapi mata azie dah start layu.. around 11 gitu azie kemas2 laptop semua then baring tido.. macam biasa nak tido azie akan kunci bilik.. Hurmm.. di sini segala nya bermula..

tak sangka pula lepas azie baring tu..tak lama azie terlena.. azie mention dah tadi kan azie bangun awal pagi terus pergi sana sini.. jadi azie penat.. lepas azie lena tu, azie terjaga taw.. azie Nampak hp azie menyala, ada nombor tak kenal call.. azie ignore lagi.. sebab mamai kan.. pelik jugak hp nyala2 tapi tak dengar bunyi.. maybe azie letak volume slow kot.. lepas tu.. azie macam nak lena balek, azie dengar samar-samar je bunyi ketuk pintu.. ingatkan orang ketuk pintu utama kat depan tu.. buat tak taw lah lagi.. tak lama lepas tu azie dengar bunyi ketuk pintu bilik macam nak roboh.. azie pun bangun dengan beratnya.. and bukak pintu.. pahtu azie nampak sesusuk tubuh.. okey.. tu rumet azie.. spontan azie tnya “kenapa ni..” lepas tu dia masok marah2 cakap

“dari tadi taknak bukak.. dah ni baru nak bukak”

azie pun bengang la jugak.. dah lah baru bangun ni.. azie cakap laa

 “orang dah tido lah..kunci mana?”

lepas tu dia tengking azie

“sebab tak bawak lah bodohhhhh”

seriously masa tu menyirap gila darah ni.. memang tak boleh fikir straight dah.. terus azie pi kat dia…azie kata

“kau ni kurang hajar kan.. taw x..aku ni kakakk”

lepas tu dia memang melawan.. azie tak ingat full nya macam mana tapi ya.. cara dia..macam

‘ada aku kesah kau kakak.. aku xhormat pon kau..xperlu hormat..’

something macam tu lah rasanya… ouh.. macam mana bole lupa mention menda penting ni, dia Tarik rambut azie hokey.. kurang ajar kan.. taw x beza umur berapa? 3 tahun taw.. 3 tahun.. azie ada jugak kenal budak matrik lain yang satu kos dengan azie.. tak kurang ajar macam budak ni pon.. tapi sempat lah jugak azie cakap kat dia something yang macam ni

“kau ingat aku suka ke duduk dengan kau.. dah lah pemalas, pengotor, penyapu tak pernah nak pegang”

Image result for gaduh clipart

Agaknya dia sakit hati.. dia nak mai kat azie macam nak belasah azie… tapi mujur kawan dia halang je.. tapi eh.. azie pon macam nak balas jugak lah.. walaupun azie jadi terundur jugak lah bila dia approach tu..  lepas tu entah macam mana.. azie jerit cakap kau bawak kawan kau ni keluar.. menyampah aku tengok.. lepas tu dia pon blah.. sebab memang dia nak blah pun.. dia nak amek laptop dia buat kerja kat bilik kawan dia.. azie perasan 2,3 harini memang dia macam tu..

Lepas dia keluar, azie tutup pintu and kunci.. azie terus call M ngadu kat dia nanges2.. kenapa nanges? Azie sakit hati sangatt.. itu cara azie melepaskan marah dan sakit hati azie.. lama jugak azie on call nanges2.. tapi sebab teringat nanti habis kredit azie.. sebab kitorang berlainan telco.. so azie kata azie ok.. walaupun tak… and hung up.. tak lama tu.. M dah senyap.. tido agaknya.. azie continue ngadu dengan ex roommate azie.. dia sampai kata nak mai bilik azie.. tapi azie kata tapayah.. dah malam.. azie nak try tido.. lepas dah puas ngadu dan nanges.. azie pon lena..

malam tu, azie tido tak kunci pintu.. pagi tu.. kebetulan azie nak mandi.. perempuan tu balek.. masa tu azie dah bukak lampu dah.. tapi azie keluar pergi mandi.. azie sudah mandi tu.. azie tengok dia tido..dia tutup lampu, tutup sebelah langsir.. azie fikir takpelah.. ada jugak cahaya masok.. azie pon siap2 lah tak pandang dia.. act azie siap tu pon semata sebab nak lari.. tanak duduk bilik.. azie masih tak boleh terima azie dibuat sebegitu.. kebetulan memang ada janji nak jumpa lecturer..

tapi azie awal sangat pergi library.. tak bukak lagi… 8.30 baru bukak.. jadi azie tunggu kat luar, sambil call mak dan ngadu.. merata2 azie ngadu.. dengan perfect10.. dengan kawan di upsi ni.. dengan adek beradek semua.. termasuk lah pensyarah.. kan azie kata ada nak jumpa pensyarah kan.. kebetulan sangat supervisor FYP azie adalah my Penasihat Akademik.. jadi azie meluah lah .. menangis2 azie masa tu.. memang satu hari tu..azie mendung.. ikot cuaca masa tu.. mata dah bengkak2..

lepas azie dah tertido then bangun.. then dah lapar balek.. azie pon gather courage nak balek bilik.. masa tu memang berharap sangat yang dia takde kat bilik.. Alhamdulillah.. sampai2 tengok dia takde.. terus azie continue buat everything yang azie nak buat.. malam tu azie tido tak kunci pintu.. sebab azie taknak menda berulang lagi.. 


Friday, 7 October 2016

Az turns 24


Assalamualaikum 

Hai.. seperti tajuk diatas *ewahh skema..* 

azie officially 24 years old... uhuhuhu.. 6 10 2016 adalah tarikhnya.. kawan-kawan azie dok kata tarikh cantek.. kalau patah balek pun, still 6 10 2016.. kalau mereka tak mention, azie tak perasan pun.. huhu.. 

macam biasa, bila ada tarikh special, azie always expect something dari M.. so tepat 12 malam tu..  azie dah terlena taw..tapi.. azie terjaga sebab M wasap gambar kartun yang sweet2 tu.. 


adek beradik gambaq ni lah.. tapi azie letak satu je.. heheh..

lepas tu.. dia kata "happy birthday sayangku" with heart.. tak sempat pun nak balas.. tiba2 dia call.. hahahh.. first time nie wish on call.. yelah.. sejak2 tukar pelan Umobile pakej unlimited call.. belagak je kerja dia.. bar untuk call tak naek2.. huhh.. 

so macam biasa lah.. azie yang hati tisu akan menangis terharu dengar ucapan sweet potong kaki si M ni.. tapi lepas tu azie menangis sedih pulak.. sebab M cakap dia kena balek rumah family.. so tak dapat celebrate birthday azie esoknya.. means on 6hb tu lah.. tapi dia kata nanti kita celebrate hari ahad.. hurmm.. kena pulak time awak tengah PMS dia nak prank kan.. so memang berendam ayaq mata satu hari tu.. sedangkan kalau azie normal, maybe azie boleh terima..entah lah..huhu..

hari tu, azie ada kelas petang.. dia pulak kerja.. then lepas kerja dia kata dah nak balek.. weii.. tak sempat jumpa pon.. hurmm.. mana tak sedih hati ni.. kita ni nak ler ada moment dengan yang tersayang kan.. 

nak dijadikan cerita.. petang tu hujan.. cuaca hari tu pon macam tahu perasaan azie tengah kemurungan.. huhu.. azie pi kelas naek moto taw.. merempit.. hehe.. jadi bila hujan macam mana nak balek kan.. ikut hati merajuk ni.. taknak langsung dah jumpa M.. dah dia nak balek sangat kan.. balek jelaa.. tayah peduli kat I.. something camtu feeling dia.. hahahh.. tapi M beria suruh balek dengan dia.. so.. azie terpaksa akur jugak ...lepas dah banyak bagi alasan nya..punya nak ngelak taknak jumpa... huhu.. maklumlah merajuk kan.. hehehh.. 

tapi maybe sebab M rasa bersalah yang dia "kena balek".. so "tak dapat celebrate birthday azie.." dia pun bawa azie makan dulu before hantar azie balek kolej.. tapi entah kenapa masa tu keep sedih jugak.. sebab jadi terfikir.. "oh.. kalau tak hujan.. mesty takde nak jumpa pun..bukannya dia nak sangat jumpa bawak makan ni.." serius masa tu ingat ada lah dia nak kasi something ke.. uhukk.. kecewanya takdak pape.. memang macam alang2 dah jumpa ni.. jom lah makan dulu.. 


masa M snap ni macam perasan je.. tapi M pandai berlakon..haha.. so tak syak apa2 lah.. dok sedih jelah hari tu..huhu..

bila dah balek kolej.. sampai2 je.. azie sambung kemurungan balek.. huaaa.. yela.. azie cuba positif maybe dia nak tipu2 je.. tapi sebenarnya ada something... tapi end up memang takde pape pon.. kaciwa beb.. macam dia tak peduli pun kat azie.. mana tak nya.. dia pi cakap dengan azie, nak balek sebab mak kata kesian ayah buat kerja at luar tu sorang2.. ok.. kalau tu je sebabnya..boleh kan..balek hari jumaat je.. so malam khamis on my birthday tu..bole spent time dengan azie dulu.. bila azie cakap camtu dia cuma bole cakap sorry je..tak taw nak cakap apa.. 

sampai terungkit lah pasal last,last year punya kesah.. ada taon xcelebrate..ada taon lepas tu.. sama jgk azie sedih.. sebab dia ada kursus.. nmm.. camna lah tak tacing lebey.. kena pulak orang laen pun dah ada bagi hadiah kat azie.. tapi M boleh tak bagi pape pon.. aduh.. can you feel me.. please feel it.. huhu..

seolah-olah tahu azie berduka.. malam tu.. tiba2 lah kawan2 azie yang #diplomates ni, wish birthday azie.. dorang pun tetiba je.. sakan plan nak gi makan2 lah ape lah.. tapi memang azie tak syak pape.. sebab pandai berlakon semua nie.. huhh.. lagipon sebelum2 ni pun pernah je plan gi makan2 bila ada besday kawan2.. cuma kadang2 pergi lambat sikit sebab nak cari masa yang ada semua orang.. uhuhu.. so.. malam tu berlalu dengan kawan2 tiba2 je plan nak gi makan2 and terus jadi je.. walaupun plannya nak shell out.. tapi sebagai student.. macam berat je nak keluarkan bajet banyak tu..huhu.. 

sungguhpun begitu, azie tidoq dengan ayaq mata kot malam tu.. sebab again.. rasa macam.. kawan je yang beria.. tapi M tak pon.. huhu.. walaupun dia kata ok ahad nanti..akan happy kan.. keesokkannya, azie bangun mata pedih ngat.. sejam pertama kuliah..memang mata macam.. nak pejam je.. lepas tu baru ok.. 

dipendekkan cerita.. malam tu sebaek sampai je, yen si drebar turunkan kitorang depan kedai, so kami terus masuk dan duduk.. tak lama borak2.. tiba dalam kedai macam tripped.. ingatkan blackout habis.. tapi kat luar2 bercahaya elok.. masa tu.. azie sempat cakap.. ingatkan ada orang nak bawak kek.. tapi ntah macam mana kata-kata tu keluar.. tapi azie tak fikir menda tu untuk azie.. huhu.. sebab dalam kedai tu ramai orang kan.. so maybe ada orang yang celebrate.. maybe sebab tu kot azie fikir camtu.. tapi tak lama lepas si drebar ni masuk duduk.. kira kitorang baru setel order air camtu jelaa.. tiba2 tripped lagi sekali.. huhu.. tak semena2..tiba2 ada suara2 nyanyi happy birthday to you.. azie time tu.. cam dah blur..azie ikot tepuk sekali..tapi azie tak nyanyi.. sebab azie tak taw dorang nyanyi untuk sapa.. act masa nama pun..dorang tak sebut.. uhuhu.. dalam tu ramai kot.. full house.. jadi azie takdelah expect untuk azie..


 



nampak tak muka sedih tu.. muka tak puas hati lagi kena tipu.. walaupun rasa suka dan seronok dapat kek yang di idamkan.. uhuhu..

sekali tiba2 dalam dok nyanyi2 tu.. azie terperasan ada cahaya..tiba2 ada kek sampai sebelah azie.. perkara pertama azie buat, azie pandang sapa yang bawak.. sebab kalau staff, means kawan2 azie nye kerja.. tapi rupanya M yang bawak.. weii.. ape ni.. dia kat rumah family dia kan.. taw apa azie tanya? cmna syg bole ada kat sini.. huhu..azie debik2 kan dia kot.. padan muka...lantak orang tengok.. sebab azie terkejut sangat taw tak.. azie tak jangka langsung.. azie fikir, ok.. dia cakap nak celebrate hari ahad.. so tunggu hari ahad la.. harini nak spent time dengan kawan2 dulu..  menangis kot azie time tu.. punya lah kitorang dua2 cam gabra je.. sebab azie masih shock.. M pulak macam gigil.. sebab dia tak pernah buat menda camtu.. huhu.. jadinya, tak sempat pun amek gmbar elok2 dengan kek elok2.. semua candid habis.. but still, tu dah cukup buat azie.. bermakna sangatt.. walaupun muka azie takde yang semenggah pun.. hahahh..


boleh dia kenakan azie nak suap kek tapi suap mulut dia.. 3 kali weii.. last sekali, azie dah nak merajuk baru siap suap azie.. segan je kengkawan tengok.. huhu..

lepas di siasat, ikut apa azie paham.. M memang plan nak buat nak ajak kawan2 diplomates ni.. tapi dia terlupa.. tiba2 kawan azie ni ada pm dia.. cakap ada plan sekian3.. sebabnya.. ini semester akhir kitorang sama2.. lepas ni kitorang tak jumpa lagi dah.. azie praktikum sem depan.. azie balek.. dorang pulak praktikum.. so memang nak appreciate sem ni betul2.. sumpah tacing gila.. azie tak sangka.. diorang dah letak friendship kitorang ni di tahap macam tu.. rupanya dorang dah ada group, dah plan.. pahtu baru approach M..and masukkan M dalam group tu.. 


ni lah dia muka2 yang betanggungjawab di atas air mata harijadi azie.. huhu..
gambar pertama: dari kiri, pelakon utama, mak dalang, drebar, a.k.a PDI tiga2 ni..
gambar kedua, shawl pink setiausaha program.. hahahhh.. 

sepatutnya plan tu buat on my birthday.. tapi sebab kawan azie yang sorang ni takde.. terpaksa lah postpone.. kan dah tak pasal2 azie kemurungan on my birthday.. haha.. tapi takpelah.. menda tu macam terbayar gitu.. huhu.. sebenarnya memang ada little things yang macam bila azie text M..cakap gini.. tiba2 dalam group.. ada kawan azie reply macam ni.. rupanya diorang memang keep share apa azie text ..yela.. macam M dah serba salah and dia share dengan kawan2 azie ni yang azie dah teruk sangat sedih dia ni.. huhu.. aduii.. fikir2kan memang segan.. tapi azie positif.. tu semua sebab nak happy kan azie.. indeed i'm happy.. tapi rasa macam.. M ni memang suka curik kawan azie kan.. pahtu ajar bukan2.. ajar tipu azie.. huhu.. 



sweet ngat adiah dorang.. M takde kasi adiah dah.. sebab dah buat plan macam tu kan.. everything on him. yet azie happy.. sebab still ada yang kasi adiah.. so it's perfect!

sebelum balek tu dak2 ni kata ada lagi surprise..azie dah takot..sebab dorang kata nak baling telur bagai... tapi sbnrnya.. dorang kasi hadiah.. 




so sweet.. azie akan kenang semua ni sampai bila-bila.. sumpah sayang sangat dengan dorang semua.. dorang ni lah yang selalu ada dengan azie sepanjang 2 tahun sudah di UPSI.


p/s: mohon maafkan gaya penceritaan yang agak berterabur.. dah bahasa yang huru-hara.. excited tak habis lagi.. sekian.