Saturday, 16 May 2015

Pengalaman Temuduga Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA 2015

Assalamualaikum.

tajuk panjang, untuk memudahkan carian. tujuan membantu orang lain dapat terokai pengalaman azie.

6 mei lalu azie dapat email.. tapi baru beberapa hari lepas azie tergerak nak check email.. lalu membuat semakan pada pada link yang dimaksudkan dalam email berkenaan... keputusan untuk temuduga biasiswa di bawah KPM ni laa..


bayangkanlah.. disebabkan itu, azie ada beberapa hari aje nak prepare untuk temuduga berkenaan.. memang tak sangka langsung akan terpanggil temuduga.. almaklumlah.. kan hari tu azie punya test ala kadar je rasanya markah.. boleh baca pengalaman azie ujian fizikal dan ujian bertulis pada bulan lalu diSINI .. tapi apa yang lebih sadis, disebabkan terlalu banyak asessment, jadi azie tak dapat nak buat persediaan rapi.. betul2 semalam je study2 sikit pasal kementerian2 bagai.. takut ditanya kan.. mujur juga lah, tempat temuduga dalam kampus upsi sahaja.. mujurlah, azie dapat nak excuse kelas koko dengan menggantikan sesi ujian yang sepatutnya dibuat hari ini, pada waktu lain..

samada suratan atau kebetulan.. hari temuduga ni, jatuh pada sambutan hari guru.. kawan2 azie siap hafal lagu kami guru malaysia bagai.. azie dah cuak.. memang tak tahu full lagu tu.. memang dah tabahkan hati je.. kalau ditanya tak tahu.. nmm.. nmm.. sebabnya kitorang expect temuduga ni ala2 temuduga medsi dulu je.. al kisahnya lagi.. tak sama taw bilik temuduga dengan kawan2 tu.. tapi naseb lah sebelah2 je.. jadi kami merempat sama2 lah ditangga Pusat Pelajar Kampus Sultan Azlan Shah.. ecehh kemain.. haha..

beruntungnya sikit azie kira batch yang awal2.. batch yang ketiga yang masok temuduga.. sebabnya mereka bawa masuk 5 orang pelajar sekaligus.. dan ditemuduga oleh dua orang panel.. giliran adalah ikut senarai nama yang ditampal pada pintu bilik temuduga.. sebelum masuk, mereka dah pesan untuk check semula file, letakkan yang dokuman mereka minta tu pada bahagian paling hadapan.. dan kami juga diminta untuk tulis nama pada tape putih dan tampal pada tudung.. menggantikan nametag.. katanya kalau pakai nametag biasa ni, panel tak nampak nama.. tiap kali ada je yang dah sudah ditemuduga.. kitorang mesti kelam tanya diorang.. "eh dia tanya apa..?" "macam mana suasana sesi temuduga kat dalam tu..?" naseblah mereka rajin nak layan dan cerita dekat weols yang kelam ni.. bhahaha.. jadi ada laa sedikit gambaran dan bersedia lah sikit kan..


akhirnya tiba giliran azie, ya Allah tuhan je tahu nebesnya macam mana.. tapi mereka2 yang patut masuk bersama2 azie masa tu macam lambat2 aje nak gerak masok.. tak taw lah tak habis disscuss apa lagi dengan kawan2 deme.. jadi.. azie beranikan diri pergi dahulu.. maknanya azie orang pertama  yang masuk.. mula2 azie tak berani nak duduk.. mereka laen yang masuk pon, tak duduk dulu.. panel perasan, kami berdiri.. jadi dia suruh duduk.. once dah duduk.. azie cuba senyum.. acah2 tawan hati panel.. sebab dah tentulah azie yang pertama kena jawab.. tapi azie anggap tu advantage.. sebab azie boleh jawab dulu.. orang belakang2 yang akan ketandusan idea..

soalan pertama tak susah.. mereka cuma nak kita kenalkan diri, ambil kos apa di upsi dan kenapa pilih pendidikan.. masa tu memang macam2 nk goreng pasal pilih pendidikan.. tapi nebes kot.. azie citer sikit je..huhu.. but still convincing lah.. next mereka tanya soalan in english. "if you're given a chance to travel, which country you wanna go and why?" something like that.. soo azie pon kata nak pergi korea.. jeju island.. sebab kononnya tempat tu best ..orang selalu pergi honeymoon.. soo panel tu macam sengih2.. jadi azie kata..tapi saya takde la plan nak honeymoon sana.. sambil sengih2 jugak.. heheh.. lepas tu azie propa lah lagi.. suka culture diorang and nak tengok sendiri lifestyle orang sana yang mostly similar macam jepun, sangat berdisiplin and so on..

last question is kinda perbincangan... dia kasi soalan/ situasi dan kita debatkan.. ada budak2 yang sebelum azie mereka ditanya tentang fesbuk.. apa kebaikannya kot.. but time azie, soalannya

"guru ibarat lilin, dan guru bak limau kasturi perumpamaan manakah yang lebih menggambarkan ciri seorang guru" 

something macam tu lah.. jadinya.. azie pon cepat2 process maklumat tu dan jawab..

"sebenarnya ini pertama kali saya mendengar guru bak limau kasturi.. tapi saya percaya perumpamaan ini lebih tepat menggambarkan seorang guru.. yang mana bau limau kasturi ini baunya harum.. boleh mewangikan sesebuah bilik.. begitulah guru.. sifatnya memberikan keharuman.. kedamaian.. ilmu.. pengetahuan untuk dikongsi dengan anak murid.." 

lebih kurang gini lah..lagi2 goreng apa tak ingat sangat.. lepas2 tu bila rakan2 lain yang ditemuduga sama2 azie tu jawab.. ada lagi yang menyampuk menambah2.. jadi azie pon rasa tak selamat pulak, sikit sangat cakap.. azie sampuk dan tambah2 lagi.. hehehh.. last2 panel tu pulak sampuk dan kata

"ok. baiklah.. kalau tak dihentikan sampai esok pon tak habis.. padahal kita dah tahu dah siapa yang boleh cakap..siapa yang tak.. " 

kata2 itu memecah tawa kami berlima pelajar yang ditemuduga.. selepas selesai.. kami pun keluar.. masa tu.. boleh kata puas lah.. dapat cakap banyak2.. acah2 tawan hati dua panel perempuan yang acah2 garang.. but sweet2 gitu.. now tunggu result jelah..



peace..


Wednesday, 22 April 2015

Majlis Kecemerlangan FSKIK

Assalamualaikum.


alhamdulillah. memang semester lepas azie berjaya dapat result yang cemerlang.. dan kebetulan semester ini, fakulti anjurkan majlis anugerah kecemerlangan.. jadinya, merasa juga lah azie nak pergi majlis anugerah kecemerlangan bagi pelajar2 yang dean list.. sebab dulu masa diploma, dapat juga dean list or kat poli kami sebut akj.. anugerah ketua jabatan.. tapi takde pon taw masjlis2 gini.. kau pergi jabatan.. kau ambil je sendiri kau punya sijil dean list tu.. huhu... act tak banyak pon nak cerita.. just beratur naek pentas, ambil kertas kuning dalam gmbar diatas.. acah2 ambil sijil lah kan.. then within setiap kos punya turn ambil sijil, ada persembahan wakil dari setiap kos yang ditawarkan oleh Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK).

ini lah kawan2 sama umur, sama kos, selalunya sama kelas dengan salah sorang.. In sha Allah cuba dapat dekan sama2 lagi sampai grad.. baru lah sweet kan.. hihi

ehemm... abaikan muka tak semenggah tu.. doakan azie berjaya kumpul dekan sampai grad ye.. amin..



Thursday, 16 April 2015

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA 2015

Assalamualaikum.

last time kawan ada ajak isi permohonan biasiswa di bawah kpm.. katanya baru pertama kali mereka tawarkan biasiswa untuk kursus pendidikan.. masa tu azie just isi je.. walaupun perasaan masa tu macam kompom tak dapat nie.. sebab kelayakan koko bagai so ~ so~ je.. isi pon dah dekat2 sangat dengan tarikh tutup..


tapi siapa sangka, 9 april lalu rupanya ada email beritahu untuk semakan panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA 2015.



ataupun yang kitorang sebut ringkas ujian fizikal untuk pemohon biasiswa tajaan KPM.. tapi malangnya, baru beberapa hari lepas dapat tahu pasal ni.. alhamdulillah.. bila semak2 dapat lah pulak... 


masa tahu dapat, layak tu memang blur habis lah.. macam mana ujian nya kan.. dok search2 memang tak faham… rupanya dia buat style macam kalau kita ni apply nak masok ipg.. kebetulan pulak memang lokasi ujian tu diserata ipg di Malaysia nie.. azie dapat kat ipg ilmu khas.. di KL.. tak sangka lah pulak sebenarnya memang rata2 pelajar upsi yang dipanggil buat ujian di situ.. azie pergi dengan kawan yang sama2 apply aritu.. minta tolong M bawakkan. tapi disebabkan risau tak sempat nak sampai sebelum jam 8 pagi, M cadangkan tumpang rumah dia.. habis tu memasing pun tak sanggup nak gerak pagi2 buta dari upsi.. hihi. 


sementara tunggu azan subuh, sebelum gerak ke IPG Ilmu Khas.

masa mula2 sampai ada lah staff kat situ yang tegur2 dan beritahu kat mana nak kumpul.. sebabnya weols tak paham dia punya sign. plus dalam surat, takde state pon kumpul kat mana ke hape.. tapi kan.. nak dijadikan kesahnya.. memang dah lama dah..i mean, dah beberapa hari sebelum hari ini, telahpun dijalankan ukcg ni.. tapi bagi budak2 yang nak masok ipg lah.. kitorang ni, special kes.. sebab apply biasiswa tajaan kpm.. tak tahu pulak rupanya, staff sana pon tak tahu pasal ni.. punya nak kata pertama kalinya lah kan.. tapi mujurlah pegawai2 yang terlibat dengan ujian2 ni.. memang tahu lah yang weols ni batch yang mohon biasiswa.. act azie pon tak paham motip dia buat budak2 yang mohon biasiswa dia ni di uji macam budak2 nak masok ipg.. masa tu, logik yang boleh fikir, sebab nak test sesuai tak jadi cikgu.. tahan tak.. mental fizikal.. something macam tu.. sebab kemungkinan besar, kita akan terikat kontrak kerja dengan kpm sebab dah ambil biasiswa tajaan mereka an.. ok dah.. lupakan dulu pasal tu..

act ada dua ujian... ujian bertulis dan ujian fizikal.. mula2 sekali kami dikumpulkan dalam satu dewan kuliah tak salah azie.. brief tentang procedure hari itu.. kemudian, masing2 diarahkan pergi ke bilik ujian ikut senarai nama yang kita dah tandatangan masa awal2 datang tadi.. makesure letak ic atas meja.. dan slip kehadiran a.k.a slip layak menduduki ujian kelayakan calon.. act ada dua bahagian. jadi pandai2 lah manfaatkan masa 45minit tu menjawab kedua2 bahagian. penting!! buku soalan jangan di conteng.. dah baca, terus pindahkan jawapan di kertas jawapan omr.. sebab ni macam soalan test personaliti, jangan fikir lama2.. baca, jawab.. baca, jawab..

kemudian kita juga kena isi borang akuan yang kita ni sehat nak ambil ujian fizikal.. borang tu simpan.. serahkan pada pegawai di tempat ujian fizikal nanti.. berbalik pada kesah ujian fizikal. ada beberapa fasa ujian perlu dilalui. *jangan risau, mereka ada tunjuk video dan sebelum buat each session pon ada abam and hakak sado yang demo..

warming up dulu.. sebelum pergi pergi buat ujian fizikal


1) ujian BMI. timbang berat dan ukur tinggi.
2) bangkit tubi bervariasi

yang ni leceh sikit. azie stuck kat no3. heheh..
first dalam posisi bangkit tubi macam biasa.. tapi tangan lunjurkan ke hadapan bangkit dan pastikan hujung jari mencecah lutut.
kedua dalam posisi sama, lunjurkan tangan ke hadapan dan bangkit hingga siku mencecah lutut
ketiga dalam posisi sama, silangkan tangan diperut seperti sedang solat kemudian bangkit dan rapatkan dada ke lutut.
keempat dalam posisi sama, silangkan tangan di atas kepala (tangan kanan pegang siku kiri, tangan kiri pegang siku kanan) kemudian bangkit dan rapatkan dada ke lutut.
kelima dalam posisi sama, silang kan tangan di belakang kepala (tangan kanan dibahu kiri, tangan kiri dibahu kanan) kemudian bangkit dan rapatkan dada ke lutut.

rules : boleh angkat sebelah kaki, asalkan kaki sebelah lagi rapat ke bumi..

3) kilas sisi

tengok macam senang.. tapi susah jugak nak buat laju2..
apa kena buat? tunduk.. membongkok.. tangan cecah lantai kemudian bangun, dan kilas ke sisi kanan.. ulang perbuatan tadi, bangun dan kilas ke sisi kiri..banyak2 kali.. laju2.. dalam masa 1 minit.. dengarnya kena dapat kurang2 45 kali kilas sisi kiri kanan.. untuk markah penuh..


4) lompat kuadran

pon sama nampak senang.. tapi kalau dah badan berat..tak selalu exercise memang terasa juga..
lompat laju2 dalam kotak yang disediakan.. ok bayangkan ada satu kotak 4 segi sama..dan ada 4 bahagian dalam kotak tu.. di label dengan 1, 2, 3, 4 jadi kita kena lompat ikut turutan nombor.. tak boleh pijak line.. tak boleh keluar kotak.. tak boleh skip nombor.. lompatlah selaju2 yang anda mampu.. dalam masa 10 or 30 saat.. and kena achieve skor tertentu (xingat berapa) kalau pijak line dia deduct marks.. ada dua kali percubaan.. dan markah tertinggi yang akan diambil..

5) bleep test.

ok..ini memang memenatkan.. lagi2 pulak azie dah lama tak jog.. memang pancit.. bagi yang tak tahu bleep test ni macam mana.. ada beberapa level.. perempuan kena achieve dalam 5 or 6 level and lelaki 7 ke 8 level gitu.. each level ad 10 kali ulang alik. panjang trek 20m.. tiap kali bunyi beep..kena lari dan sampai tamat sebelum bunyi beep seterusnya.. sebab bila beep seterusnya bermakna kita kena lari patah balek pulak dan sampai sebelum bunyi beep seterusnya..sampailah habis 10 kali.. then wait dia masok level 2.. dah beep, lari..dan seterusnya. siyes cakap semput.. azie hampir2 nak masok level 3.. tak sedar masa bila dapat warning kad kuning.. taw2 dengar suruh berhenti.. lalu azie keluar aje lah..

masa tu..memang macam kat padang pasir.. hausnya ya Allah.. naseb baek lah sebelum pergi tempat bleep test tu kawan azie yang dah sudah ada kasi air.. kalau tak.. tak taw la..perasaannya macam kat padang pasir taw.. ingat kan ada apa2 lagi kena buat.. azie pon duduk lah hilangkan lelah di luar tu kan.. tapinya dapat tahu..takde apa dah..dah boleh nak balek.. lalu, azie berjalan lah perlahan2 mencari M dan kawan azie.. naseb lah deme tunggu berdekatan aje..tak lama lepas duduk2 rehat dan berkongsi2 cerita pengalaman masing2.. kami pun gerak balek..


muka tak semenggah je.. keletihan..

tapi sempat lah singgah makan di jejantas sungai buloh sebelum balek upsi.. tapi nak kata punya penat.. masing2 lena dalam perjalanan balek.. kalau nak ikutkan..memang sempat azie nak pergi kelas petang tu.. tapi disebabkan malas dan terlampau penat buat bleep test.. sedap je lena.. dah petang sikit terpaksa lah bangun study... sebab malamnya ada midterm test bagi kursus system admin... haihh...


haruslah ambil kenang2an kan.. kebetulan line clear.. haha.. takde saksi.. kecuali makgard kat sebelah tu..