Sunday, 12 March 2017

Fitting + Pickup Baju @ Butik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ini azie masih lagi belum sehat.. semalam azie start rasa macam nak teruk.. padahal sebelum ni.. on off kejap2 je.. tapi azie gagahkan diri sebab nak pergi butik untuk fitting dan ambil baju.. yang bestnya tentang butik ni adalah.. anda boleh fitting dan ambil baju pada hari yang sama seminggu sebelum majlis.. so yea.. weols datang ke butik seawal mungkin untuk fitting baju.. sebenarnya mereka dah betulkan baju tu ikot measurement badan kita since dorang dah taw kita akan datang amek hari tu.. sebab memang kena amek baju seminggu sebelum wedding kan.. tapi andai kata terkurus or tergemok ke.. tu yang kena kecilkan atau besarkan semula.. 

so, lepas try2.. baju azie kena kecikkan sikit.. baju M ok.. seluar jelaa kena kecik sikit.. jadi, sementara diorang betulkan.. weols duduk2 jelaa tunggu.. lepas tu, try balek.. tapi memang masa mula2 pakai tadi agak lama la.. sebab tengah fikir selesa ke tak.. perlu kecikkan ke tak.. jadi lepas everything dah settle..dah puas hati dengan baju.. weols tunggu lagi.. sebab dorang nak ironkan baju tu sesiap.. sebelum balek makesure semua barang dapat.. Alhamdulillah.. settle..

Masok butik pagi..sejuk lagi. Keluar2 dah panas..menggelupur jugak laa.. tdan entah kenapa badan azie start gatal2.. lepas keluar butik, kami tak terus balek.. kami merayau dulu pergi beli2 barang..time tu sumpah azie rasa menggelupur sangat.. nak sental dengan berus rasanya tahap gatal dia.. tapi kami teruskan jua misi mencari barang2.. untuk kenduri jugak pun.. walaupun azie da start rasa laen macam sangat.. sebab macam azie kata tadi demam azie macam teruk sikit hari ini..

Sesampainya dirumah.. azie tengok badan azie dah naek merah2..merata2 tempat azie garu2 sepanjang menyopping tadi merah..


merah2 yang macam ni..timbul2.. besar2..kecik2 pun ada.. nmm.. malam tu mak sapukan azie bedak sejuk + garam jantan.. tapi nampaknya tak lut.. so abah kasi sapu ubat gatal.. lega la sikit..surut yang bintik2 tu.. mak kata takot miang dari bilik fitting tu..entah lah.. nak kata allergic takde allergic apa pun..


Thursday, 5 January 2017

SPPIM: Pengalaman isi Borang Nikah Online


Assalamualaikum..

Ok azie jujur jelaa..  ekceli.. azie nak kahwin.. * tutup muka

Entry kali ni bertujuan nak share pengalaman azie isi borang nikah.. and segala kekeliruan yang azie alami sebelum isi borang ni.. maybe ada juga yang tertanya-tanya macam azie.. harap-harap kalau uols jumpa entry ni and baca, ianya dapat membantu..

Before ni, seriously azie blank betul pasal nak isi borang nikah ni.. mula2 sekali azie Cuma tahu perak sekarang guna sistem online.. ada satu hari tu, azie dah buka lah link kepada sistem yang dikatakan tu.. sppim.gov.my

Tapi.. tak berani lah nak maen tekan2 mohon kan.. baca punya baca syarat dan panduan apa semua tu.. masih tak faham.. ada juga azie buat survey dengan baca pengalaman di blog-blog lain, tapi tetap tak dapat gambaran lagi.. maybe azie tak jumpa orang yang betul-betul cerita details.. so, lepas dah kaji blog-blog and call tanya pejabat islam daerah bagai, baru lah azie faham..

Dalam kes kitorang ni, ada dua option. Macam azie, tinggal di perak, memang azie akan nikah pun di perak lah.. jadi obviously azie perlu isi borang online.. sebab perak termasuk dalam senarai negeri yang menggunakan sistem sppim ni..

Macam M pulak, dia lahir di KL, IC Putrajaya (alamat rumah lama) dan family tinggal di Selangor.. lepas selidik2.. sepatutnya M perlu ambil borang permohonan nikah via pejabat agama selangor..
Jadi, kalau azie mohon di perak. M mohon di Selangor.. apa M kena buat adalah, dia perlu isi borang online jugak (Selangor ada sistem mereka sendiri) kemudian, lengkapkan borang saringan HIV, permastautin n etc.. dah lengkap, hantar ke pejabat agama Selangor.. setahu azie, di Selangor mereka akan adakan temuduga ringkas kepada bakal pengantin yang menghantar borang.. dalam borang perempuan ada bahagian yang kena ada saksi.. tetapi di Selangor, even lelaki pun kena datang pejabat agama bawak saksi untuk tanda tangan di hadapan pegawai pejabat agama tersebut (tak pasti tanda tangan saksi tu untuk bahagian apa kalau yg lelaki)

Kemudian, lepas M punya dah lulus, baru lah azie pula mohon guna sppim dan teruskan prosedur selanjutnya.. sebab perempuan kena hantar borang bersama borang permohonan lelaki yang dah diluluskan..

tetapi,

Disebabkan M bekerja di perak.. M sebenarnya boleh memohon menggunakan borang perak.. Cumanya, mestilah memohon menggunakan alamat tempat tinggal di perak ni.. tak kesah lah rumah sewa sekalipun.. lepas dah fikir-fikir.. nak memudahkan kerja, M pilih untuk isi guna borang perak je..

Tapi. Ni ada tapi lagi.. kalau recall step mohon perak dan Selangor tadi, means lelaki dan perempuan kena mohon kan? Sekarang ni, bila kitorang dua2 nak isi borang perak.. macam mana? Hurmm.. Kalau M dah mohon.. takkan lah lepas tu azie nak mohon lagi? Sebab mesty sistem akan detect maklumat tu dah ada..  lagi2 bila dah klik pada permohonan baru tu, ada pula tab pemohon lelaki, pemohon perempuan *rujuk gambar dibawah.. sumpah perkara ini menimbulkan kekeliruan..


Tapi masa tu azie dan M cuba bertenang dan fikir maybe, nanti akan ada dua link untuk cetakan bagi pemohon lelaki dan pemohon perempuan.. sebab mestilah untuk lelaki, nama pemohon tu pemohon lelaki, manakala untuk perempuan, nama pemohon tu pemohon perempuan kan.. Guess what? Yups.. betul sangkaan kami..


Lepas je tekan seterusnya dan masuk ke tab hantar, sistem akan tanya betul ke bersetuju untuk hantar. Kemudian, sistem akan paparkan no rujukan dan kotak untuk cetakan. Contohnya perempuan sahaja yang guna borang nikah perak, so cetak untuk pemohon perempuan sahaja lah.. tapi kalau macam weols ni, dua-dua isi via perak, cetak lah dua-dua.. kalau tak dapat gambaran, boleh tengok SINI

azie xsempat SS masa azie isi, jadi amek ihsan orang lain.. dan kebetulan pulak, sebelum isi azie tak jumpa pun blog yang ada cerita dan share gambar begini, jadi sempat lah azie dengan M dok serabut lah fikir macam mana nak mohonnya.. bhahaha..  fyi, each of borang untuk lelaki dan perempuan..lain-lain.. ada sikit perbezaan lah..


ini contoh borang lelaki selepas di cetak..

 


borang perempuan selepas dicetak, sama juga ada macam borang lelaki, tapi perempuan ada tambahan borang seperti dibawah ini..




Ini pula senarai semak.




sekali lagi nak tekankan kat sini kalau borang lelaki, bahagian nama pemohon tu nama lelaki lah.. and vice versa.. pegawai di pejabat daerah kata perak belum apply 14 hari mesty siap hantar borang tu.. so no rush guys.. tapi sebenarnya boleh je siap dalam satu hari.. cuma takot orang kita nak jumpa tu ada or tak aje lah..

harap-harap membantu kalau ada yang buntu dan kalut macam azie sebelum ini.. kalau ada apa-apa nak tanya komen je tinggalkan email ke.. in shaa Allah azie balas.. apa pun sekarang dah lega sikit sebab borang M dah setel.. tinggal nak hantar ke pejabat agama je.. lepas tu turn azie lah pula nak setelkan jumpa individu berkenaan.. harap semua nya lancar.. amin..

btw, tadi lepas setel print borang, weols terus pergi buat saringan HIV.. sumpah serram bak hang.. bukan apa.. azie ni type yang gerun dengan jarum, darah pe bagai ni.. kena pulak lepas M setel check, dia takutkan azie kata sakittt.. pfttt... azie beria2 taw pejam mata and tak pandang akak tu nak ketip ujung jari azie.. hahaha.. takde laa sakit sangat.. badan je chubby, tapi penakut.. *tutup muka




Thursday, 1 December 2016

Akhirnya meletus jua

Assalamualaikum..

Hari ini azie bangun awal.. bersiap pergi mencari kelas yang free di bangunan2 bilik kuliah sebab nak tolong kawan azie buat rakaman pengajaran makro 2.. malangnya tempat biasa kami rekod tak free.. dah ada kelas pulak.. terpaksalah azie mencari kelas lain.. mujurlah jumpa.. lepas setel everything.. azie direct ke library.. sebab nak buat kerja kononnya.. tapi tak dapat lama pun sebab lepas tu azie perlu ke kelas.. after class ingat nak lepal library lagi, tapi hujan pulak.. jadi sementara tunggu hujan berhenti azie stay di area perjumpaan kelas diadakan tu dahulu.. continue buat kerja.. then pergi semula ke library dan teruskan buat kerja..

Disebabkan azie dah mula lapar, azie pun decide to balek kolej.. sebelum tu, azie singgah di kafe.. kesabaran azie dicabar.. apabila pakcik yang jual something tu dahulukan orang lain.. hurm.. malas nak cite detail.. tapi naek bilik tu, memang azie agak emosi lah.. tapi azie duduk bertenang.. to be exact baring bertenang.. lepas dah tenang.. azie pon mandi pe bagai.. and after maghrib azie makan..
masa azie makan macam biasa azie akan pakai headphone dan tengok variety show.. azie xpandang pun rumet azie buat apa.. tapi sekilas azie taw dia siap2 nak keluar.. lepas makan tu.. azie take time nak amek mood.. then cubalah nak buat kerja.. tapi mata azie dah start layu.. around 11 gitu azie kemas2 laptop semua then baring tido.. macam biasa nak tido azie akan kunci bilik.. Hurmm.. di sini segala nya bermula..

tak sangka pula lepas azie baring tu..tak lama azie terlena.. azie mention dah tadi kan azie bangun awal pagi terus pergi sana sini.. jadi azie penat.. lepas azie lena tu, azie terjaga taw.. azie Nampak hp azie menyala, ada nombor tak kenal call.. azie ignore lagi.. sebab mamai kan.. pelik jugak hp nyala2 tapi tak dengar bunyi.. maybe azie letak volume slow kot.. lepas tu.. azie macam nak lena balek, azie dengar samar-samar je bunyi ketuk pintu.. ingatkan orang ketuk pintu utama kat depan tu.. buat tak taw lah lagi.. tak lama lepas tu azie dengar bunyi ketuk pintu bilik macam nak roboh.. azie pun bangun dengan beratnya.. and bukak pintu.. pahtu azie nampak sesusuk tubuh.. okey.. tu rumet azie.. spontan azie tnya “kenapa ni..” lepas tu dia masok marah2 cakap

“dari tadi taknak bukak.. dah ni baru nak bukak”

azie pun bengang la jugak.. dah lah baru bangun ni.. azie cakap laa

 “orang dah tido lah..kunci mana?”

lepas tu dia tengking azie

“sebab tak bawak lah bodohhhhh”

seriously masa tu menyirap gila darah ni.. memang tak boleh fikir straight dah.. terus azie pi kat dia…azie kata

“kau ni kurang hajar kan.. taw x..aku ni kakakk”

lepas tu dia memang melawan.. azie tak ingat full nya macam mana tapi ya.. cara dia..macam

‘ada aku kesah kau kakak.. aku xhormat pon kau..xperlu hormat..’

something macam tu lah rasanya… ouh.. macam mana bole lupa mention menda penting ni, dia Tarik rambut azie hokey.. kurang ajar kan.. taw x beza umur berapa? 3 tahun taw.. 3 tahun.. azie ada jugak kenal budak matrik lain yang satu kos dengan azie.. tak kurang ajar macam budak ni pon.. tapi sempat lah jugak azie cakap kat dia something yang macam ni

“kau ingat aku suka ke duduk dengan kau.. dah lah pemalas, pengotor, penyapu tak pernah nak pegang”

Image result for gaduh clipart

Agaknya dia sakit hati.. dia nak mai kat azie macam nak belasah azie… tapi mujur kawan dia halang je.. tapi eh.. azie pon macam nak balas jugak lah.. walaupun azie jadi terundur jugak lah bila dia approach tu..  lepas tu entah macam mana.. azie jerit cakap kau bawak kawan kau ni keluar.. menyampah aku tengok.. lepas tu dia pon blah.. sebab memang dia nak blah pun.. dia nak amek laptop dia buat kerja kat bilik kawan dia.. azie perasan 2,3 harini memang dia macam tu..

Lepas dia keluar, azie tutup pintu and kunci.. azie terus call M ngadu kat dia nanges2.. kenapa nanges? Azie sakit hati sangatt.. itu cara azie melepaskan marah dan sakit hati azie.. lama jugak azie on call nanges2.. tapi sebab teringat nanti habis kredit azie.. sebab kitorang berlainan telco.. so azie kata azie ok.. walaupun tak… and hung up.. tak lama tu.. M dah senyap.. tido agaknya.. azie continue ngadu dengan ex roommate azie.. dia sampai kata nak mai bilik azie.. tapi azie kata tapayah.. dah malam.. azie nak try tido.. lepas dah puas ngadu dan nanges.. azie pon lena..

malam tu, azie tido tak kunci pintu.. pagi tu.. kebetulan azie nak mandi.. perempuan tu balek.. masa tu azie dah bukak lampu dah.. tapi azie keluar pergi mandi.. azie sudah mandi tu.. azie tengok dia tido..dia tutup lampu, tutup sebelah langsir.. azie fikir takpelah.. ada jugak cahaya masok.. azie pon siap2 lah tak pandang dia.. act azie siap tu pon semata sebab nak lari.. tanak duduk bilik.. azie masih tak boleh terima azie dibuat sebegitu.. kebetulan memang ada janji nak jumpa lecturer..

tapi azie awal sangat pergi library.. tak bukak lagi… 8.30 baru bukak.. jadi azie tunggu kat luar, sambil call mak dan ngadu.. merata2 azie ngadu.. dengan perfect10.. dengan kawan di upsi ni.. dengan adek beradek semua.. termasuk lah pensyarah.. kan azie kata ada nak jumpa pensyarah kan.. kebetulan sangat supervisor FYP azie adalah my Penasihat Akademik.. jadi azie meluah lah .. menangis2 azie masa tu.. memang satu hari tu..azie mendung.. ikot cuaca masa tu.. mata dah bengkak2..

lepas azie dah tertido then bangun.. then dah lapar balek.. azie pon gather courage nak balek bilik.. masa tu memang berharap sangat yang dia takde kat bilik.. Alhamdulillah.. sampai2 tengok dia takde.. terus azie continue buat everything yang azie nak buat.. malam tu azie tido tak kunci pintu.. sebab azie taknak menda berulang lagi..