Saturday 31 October 2015

Keyboard Warrior


Assalamualaikum. 

finally dapat juga azie join pertandingan semester ini. yela.. sejak masuk upsi, baru sekali masuk pertandingan.. tu pon masa semester satu.. haruslah nak bagi sijil mycat cantik kan.. ada isi di semua bahagian... what i mean by that is.. dalam traskrip mycat tu..kan ada 3bahagian.. jadi kan huduh kalau tak semua bahagian terisi.. #mohonbuat2paham

Jadi entah macam mana, terjumpa lah poster competition ini.. mula2 takut jugak.. ingatkan competition cmna.. sebab selalu orang kata keyboard warrior ni yang bijak sangat mengomen di laman2 sosial kan.. tapi sebenarnya ini pertandingan menaip terpantas..

jujurnya memang lah pernah azie cuba menaip guna apps / web yang ada offer untuk test kepantasan kita menaip kan.. sebab orang selalu kata azie taip laju, tapi azie tak taw act berapa laju azie menaip.. kebetulan ada masa lapang, jadi azie join jugak lah competition ni.. memandangkan azie ada bawak moto, jadi takde masalah nak pergi ke lokasi pertandingan.. lagipun ini bukan pertandingan fully bawah universiti atau fakulti.. sebab ini program anjuran MDTM.. cumanya ia ada kerjasama dengan fakulti azie lah.. FSKIK.. nak dijadikan kesah.. tak ramai yang join.. tapi perasan nebes masa tu.., macam erkk.. saingan dengan kerani2 kot.. diorang ni lagi lah biasa dengan keyboard... kerja opis kan.. ntah2 tidur dengan keyboard lagi.. bhahha.. tapi alhamdulillah.. lepas beberapa saringan.. azie layak ke final.. top 4..





lepas berhempas pulas.. ececeh..beria.. dapat lah keputusan.. mampu no 3 je.. uhukk..


jadi lah.. lepas lah jugak duit minyak datang.. haha..kononnya.. kebetulan pertandingan explorace keesokan hari azie tak dapat hadir.. jadi duit akan burn.. tak ralat sangat dah rasa.. sebab dapat duit menang competition ni.. and ekceli tak kesah kau johan ke apa. sijil kau dapat, sijil penyertaan je.. yang beza duit je.. huhu.. lepas ni, kalau ada adek2 upsi yang baca entry ni.. jangan takot eh nk masok competition keyboard warrior.. sebab just taip laju2 je.. kalau lagi laju, menang la.. taip word given in 1 minit.. every correct word is consider.. kalau nak prektis.. google je, trengkas/ typing test.. jumpa lah.. kbai.. 


Friday 30 October 2015

Perasmian MeGICT' 15


Assalamualaikum.. act last year ada tahu pasal MeGICT ni.. tapi baru tahun ni lah azie macam ada hati nak join2.. huhu.. sebenarnya niat nak pergi bagi makan rohani.. ada ceramah dari Pu Yoeb and Da'i Izhar.. rupa2nya sebelum mula forum ad-din tu.. ada majlis perasmian.. baru lah tahu...rupanya memang ini baru tahun kedua penganjuran..

lambat juga mula ..walaupun dalam poster tulis jam 8 kan.. masa tu mula lah hati kecil ni berkata "ni mesty sebab ada kerjasama dengan upsi.. selalu nya, majlis yang upsi anjurkan memang mula lambat sikit.." hahahh.. bukan nak kata u sendiri, tapi selalunya memang camtu.. maybe motip nak kumpul pelajar lebih awal, then baru vvip datang.. tapi bagi orang yang punctual macam azie ni.. nak menunggu lama begitu, haih.. memang menguji kesabaran lah.. tapi apa pun, ucapan2 tu semua best.. perasmian memang ohsem.. ada gimik.. nah belanja gambar.. curik dari page MegICT..


lepas perasmian, vvip ada jamuan makan2 dulu.. so0.. menunggu lagi lah weols ni.. macam deme2 yang minat at pu yoeb and da'i izhar ni takde masalah lah kan menunggu.. azie? takdelaa fanatik sangat.. suka jugak lah.. jadi demi memenuhi kehendak makanan rohani, tunggu jugak lah.. so.. lepas beberapa ketika, majlis forum ad-din pun bermula.. serius habaq hang seronok.. walaupun nampak lah perbezaan cara pendekatan dari PU dan Da'i tapi both best in their own way.. cumanya ralat tak dapat nk stay sampai habis.. sebab malam tu azie pergi sana naek moto.. jadi takot nak amek risk kena tahan dengan guard tak boleh masok, weols balek lah dulu.. kalau tahu bas tunggu , ada 2 biji yang bawak ke sana.. takdelah weols tergedik2 naek moto bahayakan diri memalam..