Thursday, 16 April 2015

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA 2015

Assalamualaikum.

last time kawan ada ajak isi permohonan biasiswa di bawah kpm.. katanya baru pertama kali mereka tawarkan biasiswa untuk kursus pendidikan.. masa tu azie just isi je.. walaupun perasaan masa tu macam kompom tak dapat nie.. sebab kelayakan koko bagai so ~ so~ je.. isi pon dah dekat2 sangat dengan tarikh tutup..


tapi siapa sangka, 9 april lalu rupanya ada email beritahu untuk semakan panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA 2015.



ataupun yang kitorang sebut ringkas ujian fizikal untuk pemohon biasiswa tajaan KPM.. tapi malangnya, baru beberapa hari lepas dapat tahu pasal ni.. alhamdulillah.. bila semak2 dapat lah pulak... 


masa tahu dapat, layak tu memang blur habis lah.. macam mana ujian nya kan.. dok search2 memang tak faham… rupanya dia buat style macam kalau kita ni apply nak masok ipg.. kebetulan pulak memang lokasi ujian tu diserata ipg di Malaysia nie.. azie dapat kat ipg ilmu khas.. di KL.. tak sangka lah pulak sebenarnya memang rata2 pelajar upsi yang dipanggil buat ujian di situ.. azie pergi dengan kawan yang sama2 apply aritu.. minta tolong M bawakkan. tapi disebabkan risau tak sempat nak sampai sebelum jam 8 pagi, M cadangkan tumpang rumah dia.. habis tu memasing pun tak sanggup nak gerak pagi2 buta dari upsi.. hihi. 


sementara tunggu azan subuh, sebelum gerak ke IPG Ilmu Khas.

masa mula2 sampai ada lah staff kat situ yang tegur2 dan beritahu kat mana nak kumpul.. sebabnya weols tak paham dia punya sign. plus dalam surat, takde state pon kumpul kat mana ke hape.. tapi kan.. nak dijadikan kesahnya.. memang dah lama dah..i mean, dah beberapa hari sebelum hari ini, telahpun dijalankan ukcg ni.. tapi bagi budak2 yang nak masok ipg lah.. kitorang ni, special kes.. sebab apply biasiswa tajaan kpm.. tak tahu pulak rupanya, staff sana pon tak tahu pasal ni.. punya nak kata pertama kalinya lah kan.. tapi mujurlah pegawai2 yang terlibat dengan ujian2 ni.. memang tahu lah yang weols ni batch yang mohon biasiswa.. act azie pon tak paham motip dia buat budak2 yang mohon biasiswa dia ni di uji macam budak2 nak masok ipg.. masa tu, logik yang boleh fikir, sebab nak test sesuai tak jadi cikgu.. tahan tak.. mental fizikal.. something macam tu.. sebab kemungkinan besar, kita akan terikat kontrak kerja dengan kpm sebab dah ambil biasiswa tajaan mereka an.. ok dah.. lupakan dulu pasal tu..

act ada dua ujian... ujian bertulis dan ujian fizikal.. mula2 sekali kami dikumpulkan dalam satu dewan kuliah tak salah azie.. brief tentang procedure hari itu.. kemudian, masing2 diarahkan pergi ke bilik ujian ikut senarai nama yang kita dah tandatangan masa awal2 datang tadi.. makesure letak ic atas meja.. dan slip kehadiran a.k.a slip layak menduduki ujian kelayakan calon.. act ada dua bahagian. jadi pandai2 lah manfaatkan masa 45minit tu menjawab kedua2 bahagian. penting!! buku soalan jangan di conteng.. dah baca, terus pindahkan jawapan di kertas jawapan omr.. sebab ni macam soalan test personaliti, jangan fikir lama2.. baca, jawab.. baca, jawab..

kemudian kita juga kena isi borang akuan yang kita ni sehat nak ambil ujian fizikal.. borang tu simpan.. serahkan pada pegawai di tempat ujian fizikal nanti.. berbalik pada kesah ujian fizikal. ada beberapa fasa ujian perlu dilalui. *jangan risau, mereka ada tunjuk video dan sebelum buat each session pon ada abam and hakak sado yang demo..

warming up dulu.. sebelum pergi pergi buat ujian fizikal


1) ujian BMI. timbang berat dan ukur tinggi.
2) bangkit tubi bervariasi

yang ni leceh sikit. azie stuck kat no3. heheh..
first dalam posisi bangkit tubi macam biasa.. tapi tangan lunjurkan ke hadapan bangkit dan pastikan hujung jari mencecah lutut.
kedua dalam posisi sama, lunjurkan tangan ke hadapan dan bangkit hingga siku mencecah lutut
ketiga dalam posisi sama, silangkan tangan diperut seperti sedang solat kemudian bangkit dan rapatkan dada ke lutut.
keempat dalam posisi sama, silangkan tangan di atas kepala (tangan kanan pegang siku kiri, tangan kiri pegang siku kanan) kemudian bangkit dan rapatkan dada ke lutut.
kelima dalam posisi sama, silang kan tangan di belakang kepala (tangan kanan dibahu kiri, tangan kiri dibahu kanan) kemudian bangkit dan rapatkan dada ke lutut.

rules : boleh angkat sebelah kaki, asalkan kaki sebelah lagi rapat ke bumi..

3) kilas sisi

tengok macam senang.. tapi susah jugak nak buat laju2..
apa kena buat? tunduk.. membongkok.. tangan cecah lantai kemudian bangun, dan kilas ke sisi kanan.. ulang perbuatan tadi, bangun dan kilas ke sisi kiri..banyak2 kali.. laju2.. dalam masa 1 minit.. dengarnya kena dapat kurang2 45 kali kilas sisi kiri kanan.. untuk markah penuh..


4) lompat kuadran

pon sama nampak senang.. tapi kalau dah badan berat..tak selalu exercise memang terasa juga..
lompat laju2 dalam kotak yang disediakan.. ok bayangkan ada satu kotak 4 segi sama..dan ada 4 bahagian dalam kotak tu.. di label dengan 1, 2, 3, 4 jadi kita kena lompat ikut turutan nombor.. tak boleh pijak line.. tak boleh keluar kotak.. tak boleh skip nombor.. lompatlah selaju2 yang anda mampu.. dalam masa 10 or 30 saat.. and kena achieve skor tertentu (xingat berapa) kalau pijak line dia deduct marks.. ada dua kali percubaan.. dan markah tertinggi yang akan diambil..

5) bleep test.

ok..ini memang memenatkan.. lagi2 pulak azie dah lama tak jog.. memang pancit.. bagi yang tak tahu bleep test ni macam mana.. ada beberapa level.. perempuan kena achieve dalam 5 or 6 level and lelaki 7 ke 8 level gitu.. each level ad 10 kali ulang alik. panjang trek 20m.. tiap kali bunyi beep..kena lari dan sampai tamat sebelum bunyi beep seterusnya.. sebab bila beep seterusnya bermakna kita kena lari patah balek pulak dan sampai sebelum bunyi beep seterusnya..sampailah habis 10 kali.. then wait dia masok level 2.. dah beep, lari..dan seterusnya. siyes cakap semput.. azie hampir2 nak masok level 3.. tak sedar masa bila dapat warning kad kuning.. taw2 dengar suruh berhenti.. lalu azie keluar aje lah..

masa tu..memang macam kat padang pasir.. hausnya ya Allah.. naseb baek lah sebelum pergi tempat bleep test tu kawan azie yang dah sudah ada kasi air.. kalau tak.. tak taw la..perasaannya macam kat padang pasir taw.. ingat kan ada apa2 lagi kena buat.. azie pon duduk lah hilangkan lelah di luar tu kan.. tapinya dapat tahu..takde apa dah..dah boleh nak balek.. lalu, azie berjalan lah perlahan2 mencari M dan kawan azie.. naseb lah deme tunggu berdekatan aje..tak lama lepas duduk2 rehat dan berkongsi2 cerita pengalaman masing2.. kami pun gerak balek..


muka tak semenggah je.. keletihan..

tapi sempat lah singgah makan di jejantas sungai buloh sebelum balek upsi.. tapi nak kata punya penat.. masing2 lena dalam perjalanan balek.. kalau nak ikutkan..memang sempat azie nak pergi kelas petang tu.. tapi disebabkan malas dan terlampau penat buat bleep test.. sedap je lena.. dah petang sikit terpaksa lah bangun study... sebab malamnya ada midterm test bagi kursus system admin... haihh...


haruslah ambil kenang2an kan.. kebetulan line clear.. haha.. takde saksi.. kecuali makgard kat sebelah tu..


No comments: