Assalamualaikum..
kan sejak hari check dapat biasiswa ni.. dah bermacam2 soalan bermain dalam fikiran ni.. mula2 sekali macam mana dia bayar.. betul ke amount dia state ni.. then terfikir pulak.. pasal ptptn macam mana.. sebab azie apply ptptn taw .. tapi mujurlah semalam dapat juga cetak surat tawaran walaupun tak keluar images pada header.. jadinya azie dah tahu lah.. mereka nak azie tamatkan dalam tempoh 3 minggu dari surat tawaran tu apa2 tajaan atau pinjaman lain..
perkara pertama azie buat hari ni.. pergi kelas.. hehe.. balek dari kelas.. azie terus call orang biasiswa ni.. dalam surat tawaran ada state 3 nombor untuk pertanyaan.. mujurlah mereka sangat ramah dan mesra.. well.. should i say dia.. sebab azie call sorang ni je.. memang sangat baik hati dan sabar malayan soalan minah clumsy macam azie nie.. hehehh.. alhamdulillah..satu demi satu perkara terjawab.. macam saksi dan orang yang sahkan salinan dokumen boleh org yang sama.. dan saksi memang boleh orang yang sama bagi pelajar, penjamin 1 dan 2.. setem hasil tampal je.. tapayah matikan.. sertakan sekali salinan muka depan buku bank and bla3.. masa tu baru lah rasa selamat dan semangat nak setelkan hantar perjanjian bagai ni..
then azie cuba call orang ptptn pula.. mulanya azie cuba call pegawai yang handle account azie masa azie diploma dulu..sebabnya masa azie nak apply baru utk degree.. azie rujuk dengan beliau berkenaan ptptn ni.. tapi tahu tak.. nombor berkenaan tiada dalam perkhidmatan.. lalu azie cuba call talian hotline.. tapi.. tapi.. satu pilihan pun takde yang berkaitan dengan soalan azie nak tanya.. i mean.. yela. azie nak tanya macam mana nak hentikan biaya ptptn ni.. sebab dapat biasiswa.. then dari segi bayaran macam mana.. kena terus bayar ke.. bole mintak penangguhan ke.. act bab bayar tu azie paling risau.. sebab pasal nak stop kan tu.. azie ada terjumpa satu blog ni share.. guna je borang
jadi sebenar2nya azie just nak tanya soal bayar je.. huhu.. mujur lah teringat baca soalan lazim di lama web ptptn.. soalan berkaitan pembatalan bagai ni..dibawah tajuk bayaran balik..
jadi azie pon tekan lah bahagian bayaran balek masa call talian hotline tu.. macam2 jugak dia minta... nombor IC lah bagai.. last sekali baru dia sebut.. tekan 0 untuk bercakap dengan pegawai perkhimatan pelanggan.. pftt.. sementara tunggu pegawai tu angkat sempat lah dia cakap..azie pemanggil yang pertama.. panggilan akan dirakam.. bagi dengar lagu ptptn lah ape lah.. last2 dpat gak cakap.. alhamdulillah.. terjawab sudah.. memang azie kena anta je borang tu..dan tunggu je surat kata dah batalkan biaya ptptn.. then soal bayaran... habis belajar nanti baru surat bayaran balek dikeluarkan.. alhamdulillah..takde lah rasa susah hati sangat.. moga urusan seterusnya berjalan lancar..
No comments:
Post a Comment