Thursday, 5 January 2017

SPPIM: Pengalaman isi Borang Nikah Online


Assalamualaikum..

Ok azie jujur jelaa..  ekceli.. azie nak kahwin.. * tutup muka

Entry kali ni bertujuan nak share pengalaman azie isi borang nikah.. and segala kekeliruan yang azie alami sebelum isi borang ni.. maybe ada juga yang tertanya-tanya macam azie.. harap-harap kalau uols jumpa entry ni and baca, ianya dapat membantu..

Before ni, seriously azie blank betul pasal nak isi borang nikah ni.. mula2 sekali azie Cuma tahu perak sekarang guna sistem online.. ada satu hari tu, azie dah buka lah link kepada sistem yang dikatakan tu.. sppim.gov.my

Tapi.. tak berani lah nak maen tekan2 mohon kan.. baca punya baca syarat dan panduan apa semua tu.. masih tak faham.. ada juga azie buat survey dengan baca pengalaman di blog-blog lain, tapi tetap tak dapat gambaran lagi.. maybe azie tak jumpa orang yang betul-betul cerita details.. so, lepas dah kaji blog-blog and call tanya pejabat islam daerah bagai, baru lah azie faham..

Dalam kes kitorang ni, ada dua option. Macam azie, tinggal di perak, memang azie akan nikah pun di perak lah.. jadi obviously azie perlu isi borang online.. sebab perak termasuk dalam senarai negeri yang menggunakan sistem sppim ni..

Macam M pulak, dia lahir di KL, IC Putrajaya (alamat rumah lama) dan family tinggal di Selangor.. lepas selidik2.. sepatutnya M perlu ambil borang permohonan nikah via pejabat agama selangor..
Jadi, kalau azie mohon di perak. M mohon di Selangor.. apa M kena buat adalah, dia perlu isi borang online jugak (Selangor ada sistem mereka sendiri) kemudian, lengkapkan borang saringan HIV, permastautin n etc.. dah lengkap, hantar ke pejabat agama Selangor.. setahu azie, di Selangor mereka akan adakan temuduga ringkas kepada bakal pengantin yang menghantar borang.. dalam borang perempuan ada bahagian yang kena ada saksi.. tetapi di Selangor, even lelaki pun kena datang pejabat agama bawak saksi untuk tanda tangan di hadapan pegawai pejabat agama tersebut (tak pasti tanda tangan saksi tu untuk bahagian apa kalau yg lelaki)

Kemudian, lepas M punya dah lulus, baru lah azie pula mohon guna sppim dan teruskan prosedur selanjutnya.. sebab perempuan kena hantar borang bersama borang permohonan lelaki yang dah diluluskan..

tetapi,

Disebabkan M bekerja di perak.. M sebenarnya boleh memohon menggunakan borang perak.. Cumanya, mestilah memohon menggunakan alamat tempat tinggal di perak ni.. tak kesah lah rumah sewa sekalipun.. lepas dah fikir-fikir.. nak memudahkan kerja, M pilih untuk isi guna borang perak je..

Tapi. Ni ada tapi lagi.. kalau recall step mohon perak dan Selangor tadi, means lelaki dan perempuan kena mohon kan? Sekarang ni, bila kitorang dua2 nak isi borang perak.. macam mana? Hurmm.. Kalau M dah mohon.. takkan lah lepas tu azie nak mohon lagi? Sebab mesty sistem akan detect maklumat tu dah ada..  lagi2 bila dah klik pada permohonan baru tu, ada pula tab pemohon lelaki, pemohon perempuan *rujuk gambar dibawah.. sumpah perkara ini menimbulkan kekeliruan..


Tapi masa tu azie dan M cuba bertenang dan fikir maybe, nanti akan ada dua link untuk cetakan bagi pemohon lelaki dan pemohon perempuan.. sebab mestilah untuk lelaki, nama pemohon tu pemohon lelaki, manakala untuk perempuan, nama pemohon tu pemohon perempuan kan.. Guess what? Yups.. betul sangkaan kami..


Lepas je tekan seterusnya dan masuk ke tab hantar, sistem akan tanya betul ke bersetuju untuk hantar. Kemudian, sistem akan paparkan no rujukan dan kotak untuk cetakan. Contohnya perempuan sahaja yang guna borang nikah perak, so cetak untuk pemohon perempuan sahaja lah.. tapi kalau macam weols ni, dua-dua isi via perak, cetak lah dua-dua.. kalau tak dapat gambaran, boleh tengok SINI

azie xsempat SS masa azie isi, jadi amek ihsan orang lain.. dan kebetulan pulak, sebelum isi azie tak jumpa pun blog yang ada cerita dan share gambar begini, jadi sempat lah azie dengan M dok serabut lah fikir macam mana nak mohonnya.. bhahaha..  fyi, each of borang untuk lelaki dan perempuan..lain-lain.. ada sikit perbezaan lah..


ini contoh borang lelaki selepas di cetak..

 


borang perempuan selepas dicetak, sama juga ada macam borang lelaki, tapi perempuan ada tambahan borang seperti dibawah ini..




Ini pula senarai semak.




sekali lagi nak tekankan kat sini kalau borang lelaki, bahagian nama pemohon tu nama lelaki lah.. and vice versa.. pegawai di pejabat daerah kata perak belum apply 14 hari mesty siap hantar borang tu.. so no rush guys.. tapi sebenarnya boleh je siap dalam satu hari.. cuma takot orang kita nak jumpa tu ada or tak aje lah..

harap-harap membantu kalau ada yang buntu dan kalut macam azie sebelum ini.. kalau ada apa-apa nak tanya komen je tinggalkan email ke.. in shaa Allah azie balas.. apa pun sekarang dah lega sikit sebab borang M dah setel.. tinggal nak hantar ke pejabat agama je.. lepas tu turn azie lah pula nak setelkan jumpa individu berkenaan.. harap semua nya lancar.. amin..

btw, tadi lepas setel print borang, weols terus pergi buat saringan HIV.. sumpah serram bak hang.. bukan apa.. azie ni type yang gerun dengan jarum, darah pe bagai ni.. kena pulak lepas M setel check, dia takutkan azie kata sakittt.. pfttt... azie beria2 taw pejam mata and tak pandang akak tu nak ketip ujung jari azie.. hahaha.. takde laa sakit sangat.. badan je chubby, tapi penakut.. *tutup muka




1 comment:

Nur Amalina said...

salam sis, nak tnya, masa hantar borang nikah ke pejabat agama perak, ada tak kena interview?